Bismillahirrahmannirahim. Assalamu’alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Menyedari
hakikat bahawa negara Malaysia memerlukan generasi yang berilmu dan kompetetif,
Eugenomics ini merupakan blog yang menerangkan secara terperinci dan menyeluruh
tentang perbankan Islam, perbankan konvensional serta perbezaan perbankan Islam
dan perbankan konvensional di dunia ni. Tujuan blog ini dihasilkan ialah
untuk mengkongsi ilmu dan juga memenuhkan keperluan subjek “Introduction To Comparative
Transaction” kod subjek CTIS 44. Saya sebagai wakil Eugenomics juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu En. Mohd Danial bin Mohd
Razali @ Busu kerana telah memberi peluang dan tunjuk ajar dalam menjayakan
projek ini. Jasa beliau akan dikenang.
Eugenomics
ini dirancang bagi memartabatkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan dan
amalan kehidupan seharian dalam transaksi hidup. Eugenomics diharapkan bakal
mewujudkan pengguna bank yang bijak, cermat, bedaya saing dan yang memahami,
menghayati serta dapat mengaplikasikan Al-Quran dan Sunnah dengan menyepadukan
ilmu aqli dan naqli, sebagai panduan hidup untuk melahirkan masyarakat majmuk
dan menjana ekonomi Islam dalam Negara serta berupaya menghadapi cabaran
globalisasi.
Bagi
merealisasikan hasrat ini, Eugenomics telah menyediakan beberapa pos sebagai
asas pengajaran dan pembelajaran dalam perbezaan perbankan Islam dan
konvensional. Pos ini terdiri daripada tiga (3) modul iaitu Konsep keuntungan,
faedah dan Perbentukan Kontrak Urusniaga, Prinsip asas urusniaga Perbankankan
Islam dan Konvensional dan Aplikasi Semasa Dalam Urusniaga Kewangan Islam dan
Konvensional. Kesemua Model Eugenomics merupakan hasil idea dan pencernaan
kreatif para penulis yang terdiri daripada pelajar pelajar Eugene-Fall 2014,
INTEC SHAH ALAM. Kandungan modul digarap dengan begitu baik bagi menjadi sumber
rujukan yang terbaik dalam usaha memberikan maklumat bermutu kepada
rakyat.
Adalah
merupakan harapan kami semoga Eugenomics menjadi perintis utama berperanan
merealisasikan hasrat negara melahirkan bakal cendekiawan Islam yang
berteraskan paduan ilmu aqli dan naqli dalam bidang transaksi harian. Marilah
kita bersama-sama berusaha berganding bahu dalam MENJANA CENDEKIAWAN
ISLAM yang bakal memimpin negara Malaysia yang tercinta ini
Sekian,
terima kasih.
0 comments:
Post a Comment