BY:
NURUL FATIN FAKHIRA BT ABDUL RAZAK
Pernahkah
anda mendengar perkataan takaful mahupun
insurans? Apa itu takaful? Dan apa pula insurans?
Takaful
dalam bahasa Arab “kafala” yang bermaksud “ jamin”. Takaful bermaksud saling
menjamin. Dalam kata lain, ia merupakan satu perjanjian antara pihak yang
bersetuju untuk saling menjamin apabila berlaku kerugian atau musibah. Takaful
merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum
sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan, maka
termeterai lah satu kontrak bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta
dengan bersetuju untuk saling membantu sekiranya peserta yang lain mengalami
kerugian.
Insurans
pula bermaksud pemindahan risiko daripada seorang individu atau sebuah
organisasi kepada syarikat insurans. Seseorang individu atau sebuah organisasi
tersebut akan dikenali sebagai pemegang polisi. Pemegang polisi akan membayar
kepada syarikat insurans dalam bentuk premium dan sekiranya berlaku sebarang
kemalangan, kerosakan mahupun kerugian, syarikat insurans akan membayar
pampasan kepada pemegang polisi.
Sekarang
anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai takaful dan insurans. Namun
begitu, adakah konsep takaful dan insurans berbeza? Takaful dan insurans
mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta
dalam bentuk kewangan. Tetapi, terdapat perbezaan yang besar di antara
keduanya. Antara perbezaan tersebut dinyatakan dalam rajah 1 di bawah.
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN
INSURANS
|
TAKAFUL
|
INSURANS
|
Hukum
|
·
Halal dan umat Islam harus menyertainya
|
·
Diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
·
Mengandungi unsur riba dan gharar.
|
Kontrak asas
yang digunapakai
|
·
Kontrak derma (Tabarru’)
·
Kontrak wakalah (agensi)
·
Kontrak Mudharabah
|
·
Kontrak pertukaran (Muamalat) iaitu dalam bentuk jual beli
|
Tanggungjawab
pemegang polisi
|
·
Menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta
|
·
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans
|
Saluran
pelaburan
|
·
Pelaburan kumpulan wang Takaful boleh dilaburkan dalam instrumen yang
selari dengan Syariah
|
·
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Syariah
|
Perundangan
|
·
Tertakluk kepada Akta Takaful 1984
|
·
Tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996)
|
0 comments:
Post a Comment