APLIKASI PEMBIAYAAN RUMAH
BY: ALIA SAFFA BINTI AHMAD
Memiliki rumah sendiri menjadi idaman setiap individu.
Bagaimanapun, terdapat halangan nyata perlu dihadapi kebanyakan pembeli iaitu
proses pinjaman perumahan. Kelayakan seseorang untuk mendapatkan pinjaman
bukanlah suatu persoalan, sebaliknya prosedur bagi memastikan kejayaan pinjaman
tersebut.
Dalam memastikan permohonan pinjaman perumahan berjaya, pembeli perlu penuhi beberapa elemen bersandarkan syarat pihak institusi yang menyediakan pinjaman. Walaupun syarat ini mungkin berbeza antara satu sama lain, namun hampir semua institusi tersebut menggariskan prosedur asas yang sama dalam sesuatu permohonan pinjaman.
Umumnya, institusi ini boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:
i. Institusi kewangan swasta
ii. Institusi kewangan kerajaan

iii. Institusi perbankan
Ketiga-tiga institusi ini berfungsi memberikan pinjaman perumahan kepada pembeli tapi terdapat beberapa perbezaan dari segi syarat dalam menentukan kelayakan
Ketiga-tiga institusi ini berfungsi memberikan pinjaman perumahan kepada pembeli tapi terdapat beberapa perbezaan dari segi syarat dalam menentukan kelayakan
Pinjaman Perumahan
1) Pembiayaan rumah siap - Membeli rumah tersebut dari pemilik
asal dan menyewakan dengan kadar boleh ubah. Kadar boleh berubah jenis ini
HARUS digunakan dalam aqad ‘Ijarah' atau sewaan. Cara ini adalah diterima oleh
semua cendiakawan Shariah dalam dan luar negara. Jika majikan bukan sebuah bank
dan sukar untuk meneruskan konsep ini selepas kakitangan berhenti, majikan
bolehlah mensyaratkan kakitangannya untuk berjanji akan membeli rumah tadi
dengan satu harga yang akan ditetapkan sejurus mereka berhenti. Ini bermakna si
kakitangan tadi perlulah mencari mana-mana Bank Islam untuk proses
‘Re-Financing'
2) Pembiayaan rumah dalam pembinaan - Oleh kerana rumah masih belum siap,
maka pihak majikan terpaksa melakukan proses membeli rumah dari kakitangannya
menggunakan kontrak Parallel Istisna' iaitu pihak majikan membeli dan mengarah
pembuatan rumah kepada kakitangannya. Hasilnya pihak majikan perlu membayar
kakitanganya harga tempahan pembuatan itu, kemudian, pihak kakitangan pula akan
memasuki satu lagi kontrak pembuatan dengan pemaju dan perlu membayar pemaju
pula. Selepas aqad ini selesai, pihak majikan terus menyewakan rumah yang bakal
siap itu menggunakan konsep ‘Ijarah Mawsufah Fi Az-zimmah' atau ‘advance rental
payment'. Apabila rumah siap, maka majikan akan terus menyewakan rumah itu
kepada kakitangannya dengan cara yang tersebut sebelum ini. Jika rumah ini
terbengkalai, semua jumlah sewaan yang telah dibayar perlu dipulangkan semula.
Rujukan
Zaharuddin.net,
(2014). Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam diperlukan Oleh
Kakitangan. Available at:
http://zaharuddin.net/kewangan/197-pembiayaan-rumah-a-kereta-cara-islam-diperlukan-oleh-kakitangan.html
[Accessed 12 Oct. 2014]
0 comments:
Post a Comment