BY: ADLINA BINTI KAMARUL
Selain faedah dan bunga , riba’ juga
tergolong dalam konsep faedah. Riba’ dalam bahasa Arab bermaksud menambah
(al-ziyada), mengembang (al-nama’), meningkat dan membesar (al-irtifa dan
al-uluw). Dari segi bahasa, riba’ membawa pelbagai maksud iaitu mengembang,
bertambah, naik, membesar, membiak, bukit dan tanah tinggi. Manakala dari segi
istilah menurut Al-Maududi pula membawa maksud pinjaman wang apabila dibayar
kembali mempunyai dua ciri-ciri iaitu tambahan atau lebihan daripada jumlah
yang dipinjam dan ditetapkan terlebih dahulu kadar pertambahan itu berdasarkan
kepada tempoh pinjaman.

Riba’ terbahagi kepada dua, iaitu
riba’ jual beli dan riba’ hutang. Jika kita tumpukan dalam riba’ jual beli,
riba’ ini merujuk kepada jual beli yang tidak sama timbangan atau sukatan atau
semasa penyerahan barang-barang tertentu atau matawang pada ketika berjual beli
atau secara tukar-menukar, bahan atau barangan tersebut yang sama jenis.
Aktiviti riba’ jual beli ini terbahagi kepada dua jenis, iaitu Riba’ Al-Fadhli dan
Riba’ al-Nasiah. Riba’ Al-Fadhli merupakan aktiviti jual beli antara bahan
ribawi yang sama jenisnya tetapi tiada persamaan dalam ukatan atau timbangan.
Kita ambil beras sebagai contoh dalam transaksi ini. Ia dibolehkan apabila
mebeli beras dan dibayar kembali dengan beras. Walau bagaimanapun, riba’ akan
berlaku apabila seseorang itu ingin melakukan jual beli dengan sukatan dan
timbangan yang tidak sama, iaitu 1kg beras Gred A dijual beli dengan 2kg beras
Gred B. Manakala dalam Riba Al-Nasi’ah pula, riba ini berlaku antara bahan
ribawi yang juga merupakan sama jenis, tetapi melibatkan penangguhan bayaran.
Seseorang itu melakukan jual beli tanpa penyerahan di waktu yang sama. Sebagai
contoh, beras yang dinyatakan dalam contoh sebelum ini, beras tersebut dibayar
dengan bera tetapi urusniaga ini tidak dilakukan dengan serentak. Jika hendak
diikutkan, riba’ banyak berlaku dalam urusniaga yang melibatkan bahan makanan
asas, di mana timbangan dan sukatan tidak sama dan transaksi tidak dilakukan
dalam pada masa yang sama. Oleh itu, penggunaan matawang sebagai media
pengantaraan telah diperkenalkan bagi mengelakkan berlakunya aktiviti riba’
dalam jual beli dan juga supaya kedua-dua belah pihak berlaku adil dalam urusan
berjual-beli.
Selain riba’ jual beli, riba’ hutang
juga tidak dibolehkan dalam transaksi islam. Riba’ jenis ini berlaku apabila
wujud lebihan yang diisyaratkan atau dijanjikan untuk diberi kepada pemiutang.
Lebihan ini diletakkan sebagai syarat kepada sesuatu kemudahan kewangan atau
pinjaman atau pemberian kredit dari urusniaga jual beli tertangguh. Oleh kerana
pemberian hutang ini hanya bersifat tolong-menolong, maka Islam mengharamkan
pemiutang mengenakan bayaran tambahan kepada penghutang berbanding pinjaman
asal yang telah diberikannya. Riba’ hutang
terbahagi kepada dua, iaitu Riba’ Qard dan Riba’ Jahiliah. Riba’ Qard membawa
maksud kepada hutang atau pinjaman yang disyaratkan atau dijanjikan sesuatu
faedah untuk kepentingan pihak si pemiutang. Sebagai contoh, seseorang itu
ingin meminjam sejumlah wang daripada si pemiutang, misalnya RM100, tetapi dia
dikehendaki untuk mebayar balik dengan harga yang dinaikkan tetapi ditetapkan,
iaitu RM120. Manakala Riba’ Jahiliah pula adalah bayaran lebih dari hutang asal
(pokok pinjaman) yang dikenakan ke atas orang yang berhutang sekiranya hutang
tidak dijelaskan pada tempoh yang ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang itu
telah meminjam RM100 daripada si pemiutang, tetapi oleh sebab peminjam telah
lambat membayar balik dalam jumlah hari yang telah ditetapkan, misalnya dalam 1
bulan, oleh itu si pemiutang telah mengenakan tambahan terhadap jumlah bayaran
tersebut, iaitu RM10 setiap bulan. Jika peminjam tersebut telah lambat membayar
selama 4 bulan, oleh itu peminjam dikehendaki untuk membayar kembali RM140 kepada
si pemiutang.
0 comments:
Post a Comment