I. Pendahuluan
Dalam Islam, apa
sahaja penambahan yang berlaku dalam jual beli atau simpan pinjam adalah disebut
sebagai riba. Riba sangat dikeji dan dicela oleh Allah dan rasulNya sehingga Allah
menjanjikan neraka sebagai balasannya. Bunga bank memberi keuntungan sebelah
pihak tanpa memikirkan pihak yang membayarnya. Hal ini akan menyebabkan mereka
yang kurang berkemampuan terpaksa menanggung beban dari segi ekonomi disebabkan
kadar yang ditetapkan selalunya adalah sangat tinggi daripada kadar yang
sepatutnya dibayar oleh seseorang. Persoalan bunga bank selalu dibincangkan di
merata tempat. Ternyata, sangat ramai orang yang keliru dengan konsep dan hukum
bunga bank, sama ada ia termasuk dalam riba atau keuntungan. Maka dalam blog
ini, kami, ahli Eugenomics akan membincangkan masalah tentang konsep faedah
bunga bank dan merumuskan secara ringkas dan terperinci supaya pembaca akan
lebih faham dan mengelakkan diri daripada mengamalkan konsep faedah secara
bunga.
II. Latar Belakang Bunga
Bank
Dalam
sejarah, istilah ‘usury’ dapat menjelaskan tentang larangan bunga dan riba. Bunga
pada awalnya didefinasikan sebagai pembebanan dalam penggunaan wang. Di zaman
pertengahan dan dewasa ini, usury digunakan bagi menunjukkan pembebanan tahap
suku bunga yang tidak masuk akal hingga pada abad ke 15. Kata nama Bahasa Inggeris
iaitu ‘interest’ telah digunakan untuk menjelaskan segala penambahan yang berlaku
dalam proses peminjaman. Ia adalah kata nama baru dalam kamus Oxford antara
abad ke 16 dan 18 sebagai ganti nama usury. Sistem bunga sering dikutuk dan
dilarang kerana sebahagian besarnya disebabkan moral, etika, agama dan juga hukum.
Sepanjang sejarah, terdapat bukti kritikan keras oleh tradisi, institusi dan masyarakat
mengenai keadilan sosial, ketidakstabilan ekonomi, pelarangan bunga secara
implisit dan eksplisit dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi, Kristien dan agama Islam
sendiri.
III. Mengenai Bunga Bank
A. Apakah yang dimaksudkan dengan Bank dan Bunga
Bank / Bank Interest?
Definisi: Bank
-
Berasal daripada perkataan Itali iaitu Banko
Dari segi Bahasa bermaksud: Sebuah tempat
penyimpanan wang.
Dari segi Istilah bermaksud: Sebuah perusahaan
yang menghimpun sejumlah wang kemudian akan disalurkan kepada individu yang
memerlukan dengan usaha-usaha yang produktif dengan sistem bunga.
Definisi: Bunga (Interest)
-
Berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Interest
Dari segi Istilah bermaksud: Keuntungan yang
diperolehi oleh pihak yang meminjamkan kepada pihak yang meminjam sama ada
untuk keperluan individu atau sesebuah syarikat.
Definisi Bunga Bank: (Bank Interest)
Menurut Istilah Dr. Fuad M. Fachruddin, bunga
bank ialah keuntungan yang diperolehi bank kerana meminjamkan wang untuk
melancarkan perniagaan orang yang meminjam. Individu yang meminjam wang di bank
pada jangka waktu yang tertentu kerana suatu keperluan harus membayar wang yang
dipinjam dengan memberikan wang tambahan kepada bank dengan jumlah yang telah
disepakati semasa akad waktu peminjaman. Wang tambahan itulah yang disebut
sebagai BUNGA
Contoh Situasi:
Amirah meminjam $20 000 daripada Bank Hong Kong
untuk membeli sebuah kereta dan waktu pembayarannya selama 7 tahun dengan bunga
yang dipersetujui sebanyak 2%.
B) Apakah hukum Bunga Bank dalam Islam?
i. Pendapat
yang mengharamkan secara mutlak
Menurut Abu Zahra, Abu A’la Al-Maududi,
Abdullah Al Araby dan Yusuf Qardhawi, Sayyid Sabiq dan Jaad Al Haaq, bunga
bank itu haram secara mutlak sama ada yang mengambilnya (bagi penyimpan
wang di bank) ataupun bagi yang mengeluarkannya (peminjam wang di bank).
Hal
ini disebabkan oleh sifat bunga bank yang bersifat menindas (zalim) dan
bersangkut paut dengan pemerasan. Dalam pinjaman konsumtif, seharusnya yang
lemah (yang tidak mampu) dibantu oleh yang kuat (yang lebih mampu) dari awal
sehinggalah ke akhir proses pinjaman. Ciri-ciri bunga yang hanya membantu
mereka yang tidak berkemampuan pada awalnya, namun kemudian mengharuskan mereka
membayar bukan sahaja amaun yang telah mereka pinjam, bahkan kadar bunga yang
lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam bukanlah sesuatu perbuatan yang ‘menolong’
tetapi memeras. Konsep ini boleh dikaitkan dengan apa yang dikatakan orang sebagai
‘mengambil kesempatan dalam kesempitan’.
Bunga
boleh menjadikan manusia memilih untuk menjadi penganggur kerana kesenangan
yang diperolehi dengan konsep bunga membolehkan mereka untuk tidak lagi bekerja
untuk menampung keperluannya sehari-hari. Cara hidup ini sangatlah merbahaya
bagi peribadi masyarakat kerana memakan dari sumber bunga adalah haram.
ii. Pendapat
yang mengharamkan jika bersifat konsumtif tetapi dibolehkan
jika bersifat produktif
Menurut
Mustafa Zarqa pula, bunga bank itu adalah riba. Riba yang diharamkan itu adalah
riba yang bersifat konsumtif seperti yang berlaku pada zaman Jahiliyah sebagai
bentuk pemerasan kepada kaum yang lemah yang konsumtif ini berbeza yang
bersifat produktif maka ia tidak dihukumkan haram. Hatta, beliau juga telah
bersepakat bahawa riba itu adalah haram. Bunga yang bersifat konsumtif di sini
adalah yang memeras si peminjam yang memerlukan pinjaman wang untuk memenuhi
keperluannya manakala bunga yang bersifat produktif adalah dana yang
dipinjamkan kepada peminjam digunakan untuk modal usaha yang menghasilkan
keuntungan.
iii. Pendapat
yang menghalalkan secara mutlak
Menurut A. Hassan, bunga bank seperti yang
berlaku di Indonesia bukan termasuk riba yang diharamkan kerana ia tidak
berlipat ganda. Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Orang-orang yang beriman,
janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada
Allah supaya kamu mendapatkan keuntungan”
(Surah Al-Imran:130)
Jadi, yang termasuk riba menurut Hasan ialah
bunga yang berlipat ganda. Jika bunga yang dikenakan hanya 2 peratus daripada
modal pinjaman, maka itu tidak berlipat ganda dan tidak termasuk riba yang
diharamkan dalam Islam.
iv. Pendapat
yang menghukumkan sebagai syubhah (belum pasti keharamannya
dan kehalalannya)
Majlis
Tarjih Muhammadiyah dalam Muktamar di Siduarjo 1968 telah menghukumkan bahawa bunga
bank yang diberikan oleh bank kepada para nasabahnya atau sebaliknya termasuk
dalam perkara syubhah (belum pasti keharamannya dan kehalalannya). Muhamadiyyah
berpendapat bahawa ini kerana riba yang diharamkan itu ialah riba yang membawa
kepada pemerasan, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan
sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah ta’ala dan Rasulnya akan memerangimu.
Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu:
kamu tidak menganiaya dan tidak(pula) dianiaya”
(Surah Al-Baqarah : 130)
C) Bagaimana Bank Islam mendapatkan keuntungan
tanpa sistem bunga bank?
4)
Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebagai ganti sistem Bunga Bank untuk meraih keuntungan?
i.
Musyarakah
ii.
Wadia’h
iii.
Mudharabah
iv.
Murabahah
v.
Qard Hassan
0 comments:
Post a Comment