BY: ALIA HELINA BINTI HILMI
Saham berasal dari perkataan Arab iaitu Al-Sahm yang membawa maksud ekuiti atau milik seseorang di dalam sesebuah syarikat. Sebuah syarikat berhad boleh menerbitkan saham yang berlandaskan Syariah dengan menggunakan konsep musyarakah atau mudharabah.
Musyarakah atau lebih dikenali
sebagai syarikat bermaksud akad perkongsian di antara dua orang ataupun lebih
dengan setiap pihak menyumbangkan modal dan keuntungan yang dibahagikan sesame
mereka. Mudharabah atau perkongsian untung adalah perjanjian perkongsian dengan
modal disalurkan oleh satu pihak manakala pihak lain pula menyalurkan usaha.
Kita dapat melihat beberapa contoh
bank yang mengamalkan konsep mudharabah atau musyarakah.
·
Bank Islam Berhad
Bank
Islam mempunyai produk akaun simpanan dan pelaburan Al Awfar. Al Awfar
mengamalkan perkongsian Mudharabah di manapemilik modal menyumbangkan modal dan
diusahakan oleh pihak bank. Keuntungan dikongsikan mengikut peratusan yang
dipersetujui di awal kontrak iaitu bagi akaun simpanan, 98% (bank) dan
2%(pemilik modal) manakala bagi akaun pelaburan, 70%(bank) dan 30% (pemilik
modal).
Bank
Islam juga mempunya Akaun Pelaburan-i Am di mana pemilik modal boleh
mendapatkan keuntungan maksimum berdasrkan nisbah yg ditetapkan oleh pihak
Bank. Ia juga mengamalkan konsep Mudharabah.
·
Bank Rakyat Malaysia Berhad
Bank
Rakyat mengamalkan akaun pelaburan yang berasaskan syariah seperti Bank Islam.
Contohnya, Akaun Pelaburan-i Am juga terdapat dalam Bank Rakyat. Dengan
menggunakan konsep Al Mudharabah, Pelanggan menyediakan modal kepada pihak Bank
untuk diusahakan bagi tempoh tertentu . Apabila matang , keuntungan yang
diperoleh akan dikongsi di Antara pihak Bank dan pelanggan mengikut nisbah yang
telah dipersetujui.
Sources:
0 comments:
Post a Comment