BY: ADAM HARRIS BIN HASHIM
Menurut Kamus Dewan , faedah merupakan wang yang
dikenakan atau dibayar untuk pengunaan
wang yang juga dikenali sebagai bunga. Bunga pula bermaksud faedah atau bunga yang dikenakan kepada para
pemimjam pada paras atau tahap yang
keterlaluan. Definisi konsep faedah
telah lama dikenal pasti seluruh masyarakat dunia. Hal ini dibuktikan daripada
terjemahan beberapa kitab-kitab dan kamus seperti ‘The BarnHart Dictionary of
Etymology’, Kitab Divine(1959) dan juga kitab Noonan(1957). Di dalam kamus ‘The
BarnHart Dictionary of Etymology’, konsep faedah telah diperkenalkan sejak
zaman pertengahan Latin lagi yang didefinisikan sebagai pampasan kerana
kerugian atau bayaran pampasan. Manakala dari kitab Divine(1959) pula
memperihalkan tentang pampasan yang diberikan akibat kerosakan atau kerugian
yang ditanggung oleh si pemiutang akibat kegagalan si pemimjam untuk
memulangkan semula pinjaman pada tarikh yang ditetapkan di dalam kontrak
pinjaman (undang-undang Romawi). Hal yang sama jugak dibincangkan di dalam
kitab Noonan(1957) yakni ia mengatakan faedah atau ‘Interest’ merupakan sesuatu
yang hilang dan takrifan faedah yang dimaksudkan ini sebenarnya adalah kerugian
atau kerosakan yang meliputi kehilangan keuntungan yang mungkin ditanggung oleh
pemberi pinjaman melalui wang yang diberi pinjam itu.
Disebalik definisi
tersebut, terdapat jugak pelbagai kepincangan dalam urusan mengguna pakai
konsep faedah ini. Pada zaman kesarjanaan Kristian, perbincangan hangat berlaku
diantara para sarjana dan ahli agama tentang konsep faedah dan bunga yang
dimana pada akhir tahun 1836 Pejabat Suci agama Kristian mengeluarkan arahan
atau fatwa yang membenarkan para penganut atau pengikut agamanya mengambil guna
konsep faedah secara total. Tidak lama kemudiannya, definisi faedah yang asli
telah digubah sebagai harga yang dinyatakan dalam bentuk peratus untuk pinjaman
berbentuk wang dan dibenarkan dari segala segi undang-undang manakala bunga
adalah dikira sebagai faedah yang berlebihan. Hal ini jugak telah menarik
perhatian para ekonomi dunia untuk mengeluarkan sendiri pendapat mereka tentang
konsep faedah itu sendiri. Fisher (1954) dalam bukunya ‘Theory of Interest’
telah mendefinisikan faedah sebagai peratusan premium yang dibayar ke atas wang
pada tarikh tertentu dalam bentuk wang
yang perlu diserahkan kembali dalam tempoh setahun yang akan datang. Selain
itu, Maynard Keynes (1939) dalam bukunya ‘The General Theory of Employement,
Interest and Money’ menakrifkan faedah sebagai hadiah kepada seseorang yang
sanggup berpisah dengan wang tunainya. Ia juga berfungsi sebagai pengukur
ketidaksanggupan seseorang yang mempunyai wang untuk berpisah dengan wang yang
ada di dalam kawalannya.
Disamping itu, pengharaman
terhadap pengambilan faedah dan riba tidak hanya terhad kepada orang islam tetapi juga kepada orang bukan islam. Pada
zaman dahulu, orang yahudi misalnya dilarang mengambil faedah melalui pinjaman
yang diberikan kepada orang-orang miskin sama ada di kalangan mereka ataupun
orang-orang asing yang telah pun diterima untuk tinggal bersama-sama di dalam
masyarakat mereka. Hal yang demikian dapat dibuktikan didalam kitab mereka
Hebrew Bible melalui ayat 22:25 di dalam ba Exodus atau ‘Keluaran’ dan ayat 25” 35-37 bab leviticus atau
‘Imamat’. Selain itu, terdapat juga ayat-ayat didalam kitab Hebrew Bible yang
memuji golongan yang tidak mengambil faedah dan riba lantas mengkeji mereka
yang mengambilnya sperti didalam bab Ezekial ayat 18:8, ayat 18:17, ayat 18:13
dan bab Psalm ayat 15:5.
“Jika engkau meminjamkan wang kepada salah seorang
daripada Ummahku, orang yang miskin dia antaramu , maka janganlah engkau berlaku sebagai seorang penagih hutang
terhadap dia, jangan lah kamu bebankan bunga wang kepadanya”
(Exodus 22:25)
“Apabila saudaramu jatuh sakit,
sehingga tidak sanggup bertahan di antaramu, maka engkau harus menyokong dia
sebagai orang asing dan pendatang, supaya dia dapat hidup diantaramu. Janganlah engkau mengambil bunga wang atau riba daripadanya, melainkan
engkau harus takut akan tuhanmu, supaya saudaramu dapat hidup antaramu. Jangan
lah engkau memberi wangmu kepadanya dengan meminta bunga, juga makananmu
janganlah kau berikan dengan meminta riba”
(Leviticus 22:35-37)
Walaubagaimanapun,
terdapat juga beberapa tamadun asing yang membenarkan pengambilan faedah
didalam urusan niaga seharian iaitu Tamadun Rom dan Yunani walaupun telah menerima
pelbagai tomahan dan kritik daripada ahli-ahli falsafah terkenal seperti
Aristotle dan Plato.
Kadar Faedah
|
Tamadun Yunani
|
Tamadun Rom
|
|
Pinjaman biasa
|
6-8 %
|
4-12.5 %
|
|
Pinjaman Hartanah
|
6.67-12 %
|
-
|
|
Pinjaman kota-kota lain
|
7-12 %
|
-
|
|
Pinjaman untuk perdagangan dan industri
|
12-18 %
|
-
|
|
Kadar faedah pelaburan
|
6-10 %
|
-
|
|
Pinjaman wilayah
|
-
|
6-100 %
|
|
Kadar faedah Byzantine
|
-
|
4-12.5 %
|
Rajah 1 : Kadar faedah yang
dikenakan mengikut kategori
Penambahan kepada perspektif orang bukan islam kepada konsep
faedah, paderi-paderi kristian juga
telah pada awal-awalnya mengharamkan pengunaan faedah. Hal ini dapat dibuktikan
melalui pengkritikan dan kutukan yang
disampaikan oleh paderi-paderi kristian pada kurun pertama masihi sehingga dua
belas. Pengambilan faedah diberi tentangan yang sangat kuat kerana ianya sudah pasti melanggar ajaran kristian
yang mernyeru kepada sifat pemurah. Ahli –ahli gereja juga akan dipecat
sekiranya mereka masih mengamalkan amalan pengambilan faedah. Namun yang
demikian, pandangan mereka ini berubah sejurus dengan perkembangan pesat di
bidang perniagaan pada awal abad ke 12 masihi yang menyebabkan wang dan kredit
menjadi unsur terpenting di dalam masyarakat. Terdapat juga beberapa golongan
sarjana pada masa itu menuntut agar konsep pengambilan faedah ini di bincangkan
semula. Hasil daripada berbincangan tersebut, mereka telah mengemukakan bahawa
faedah dianggap sebagai sesuatu yang sah manakala usuary(riba) sebagai kadar
faedah yang berlebihan.
Mereka juga telah menyatakan bahawa mengambil keuntungan
berdasarkan peminjaman adalah berdosa dan
bertentangan dengan konsep keadilan namun pengambilan faedah diatas
pinjaman adalah sah bergantung kepada niat. Pada kurun keenam belas sehingga
1836, terdapat segolongan manusia yang berpendapat lain daripada keseluruhan
ahli-ahli sarjana iaitu ahli reformis. Menurut John Calvin (1509-1564) faedah
merupakan suatu dosa sekiranya ia menyakitkan orang lain. Beliau juga
berpendapat bahawa faedah sewajarnya agak perlu didalam perniagaan tetapi
iainya tidak boleh dijadikan sebagai sebuah pekerjaan. Secara kesimpulan nya,
Calvin menyatakan bahawa faedah tidak berdosa selagi ianya tidak membebankan
atau menyakiti peminjam dan ia adalah sesuatu yang dibenarkan untuk pinjaman
yang diberikan kepada golongan berada yang meminjam semata-mata untuk
menambahkan keuntungan
0 comments:
Post a Comment