BY:
MUHD AZFAR BIN AZMI
Kontrak
ialah perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia merupakan
perjanjian yang mengikat pihak-pihak yang berkontrak. Secara am nya, kontrak
dapat dibentuk menerusi dua kaedah iaitu samada secara mudah atau kompleks.
Pembentukan secara mudah tidak perlu melibatkan formaliti tertentu dan
kebiasaannya ia berlaku secara lisan dan perlakuan daripada pihak-pihak yang
berkontrak. Kaedah kompleks pula merujuk bahawa kontrak tersebut dibuat secara
teliti dan bertulis seperti kontrak yang melibatkan jual beli rumah yang
melibatkan pembeli dan pemaju perumahan kerana memerlukan dokumen rasmi yang
tertentu.
Terdapat
enam elemen kontrak yang penting dalam pembentukan kontrak:
·
Tawaran.
o
Merupakan apabila seseorang menyatakan
kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk melakukan sesuatu, dengan maksud
untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri
untuk berbuat sesuatu.
·
Penerimaan.
o
Apabila orang kepada siapa tawaran itu
dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan
bahawa tawaran itu diterima.
·
Balasan.
o
Menurut kehendak pembuat janji, apabila
penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau menahan diri dari
membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat sesuatu, maka
perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan untuk janji
itu.
·
Niat.
o
Perjanjian antara dua pihak tidak
semestinya menjadi satu kontrak yang sah ehingga ada bukti yang menunjukkan
bahawa wujud niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang
antara kedua-dua pihak yang berkontrak.
·
Ketentuan.
o
Ketentuan bermaksud kontrak yang
dimasuki perlulah mengandungi peruntukan yang nyata dan tentu (tidak
samar-samar).
·
Keupayaan.
o
Seseorang yang layak membuat kontrak
mestilah seseorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan
berkontrak.
Hak
dan tanggungjawab kontrak terkandung di dalam terma-terma kontrak. Walau
bagaimanapun terma kontrak perlulah dibezakan dengan represetasi. Hal ini
demikian kerana representasi bermaksud sesuatu kenyataan semasa perundingan
yang tidak diniatkan untuk menjadi syarat kontrak manakala terma bermaksud
sesuatu kenyataan semasa perundingan yang diniatkan untuk menjadi syarat
kontrak.
Terma-terma
kontrak terbahagi kepada dua:
·
Syarat.
o
Tanggungjawab utama kepada pihak-pihak
yang berkontrak.
·
Waranti.
o
Merupakan syarat-syarat yang berkaitan
dengan tanggungjawab utama tersebut.
Dari
segi bahasa, kontrak boleh didefinisikan sebagai akad. Akad ialah mengikat
dengan ikatan sebenar atau ikatan simbolik. Ia juga memberi makna diikat dengan
tali atau janji maka ia tersimpul iaitu berlaku ikatan hubungan.
Akad
boleh dibahagikan kepada dua:
·
Berkait hubungan Manusia-Allah.
·
Berkait hubungan Manusia-Manusia.
Prinsip
akad terbahagi kepada empat:
·
Kerelaan.
·
Kebebasan.
·
Keadilan.
·
Manfaat.
Terdapat
tiga rukun akad:
·
Sighah.
o
Lafaz ijab dan qabul adalah tindakan
atau ucapan yang dilakukan oleh pihak yang berkontrak untuk menunjukkan
kerelaannya melakukan kontrak.
·
Aqidan.
o
Terdiri daripada pihak yang menawarkan
kontrak dan pihak yang menerima kontrak.
·
Ma’qud Alaih.
o
Barangan- Berbeza-beza sifatnya mengikut
jenis akad itu sendiri, sama ada dalam bentuk material atau dalam bentuk kerja.
o
Harga- Adalah bergantung kepada barang
yang diakad dan nilainya mestilah dipersetujui bersama semasa pembentukan akad.
Penamatan
kontrak berlaku melalui tiga cara:
·
Pembatalan.
o
Pembatalan dengan sebab rosaknya
kontrak.
o
Pembatalan dengan sebab khiyar.
o
Akibat penamatan tempoh kontrak.
·
Kematian.
o
Kontrak sewa.
o
Gadaian dan jaminan.
o
Syarikat dan perwakilan.
·
Ketidaklulusan kontrak tergantung.
o
Kontrak fuduli.
0 comments:
Post a Comment