Tuesday, 14 October 2014

APLIKASI PEMBIAYAAN SEWA


BY: ANNISA SHAFIQAH BINTI SHAHRIN

Sewa bermaksud satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan. Terdapat pelbagai jenis transaksi sewa dalam kehidupan seharian seperti sewa rumah, kenderaan dan barangan lain.
Dalam post ini, saya akan membincangkan dengan lebih lanjut tentang kepentingan wujudnya Perjanjian Sewa Beli.
Perjanjian Sewa Beli adalah bertujuan melindungi kedua-dua pihak yang berkontrak. Ia merupakan tanda persetujuan antara penyewa dan pemilik rumah tentang kadar sewa bulanan dah tempoh sewaan. Perjanjian juga bertujuan memastikan kedua-dua pihak faham akan tanggungjawab masing-masing. Sebagai contoh, pemilik rumah memberi kebenaran mendiami rumah dan penyewa bertanggungjawab membayar kadar sewa yang ditetapkan. Perjanjian sewa pula bukanlah hanya untuk melindungi kepentingan pemilik rumah sahaja, malah perjanjian sewa beli memain peranan melindungi kedua-dua penyewa dan pemilik rumah. Contohnya, perjanjian memastikan pemilik rumah tidak menaik atau menurunkan harga tanpa perbincangan. Jika berlaku kerosakan kepada rumah, penyewa bertanggungjawab untuk menagnggung kos kerosakan.

 Sangat penting bagi pihak-pihak berkontrak untuk tahu dan faham akan hak-hak mereka dalam sebuah perjanjian. Oleh kerana itu, setiap perincian dalam sesebuah kontrak hendaklah dinyatakan dengan jelas dan mudah difahami agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Dalam perjanjian sewa beli juga, terdapat maklumat terperinci tentang jumlah deposit bulanan, sewa dan deposit utility, tarikh pembayaran bulanan dan lain-lain. Terakhirnya, perjanjian sewa beli penting sebagai bukti pendapatan penyewa dan pemilik rumah melalui sewa rumah untuk rujukan bank. 

0 comments:

Post a Comment