BY: MUHAMMAD ZAHIN IRSYAD BIN
ZULKHAIRI
Seperti
yang kita ketahui terdapat dua konsep asas urusniaga dalam institusi perbankan
Islam dan konvensional iaitu kontrak simpanan dan kontrak hutang. Pertama sekali adalah mengenai konsep
simpanan, manakala konsep pinjaman atau hutang akan diterangkan dalam post yang
seterusnya. Perkara yang akan diterangkan mengenai simpanan ini adalah
definisi, dalil, rukun dan syarat, jaminan, penamatan kontrak, dan perbezaan
antara simpanan bank Islam dan bank konvensional.
Definisi
Simpanan
dari segi bahasa bermaksud Wadi’ah dalam Bahasa Arab iaitu perbuatan meletakkan
barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya. Manakala dari segi istilah pula
ialah mewakilkan seseorang untuk menjaga hak milik dengan cara yang teretentu.
Selain itu, untuk dari segi ekonomi, simpanan bermaksud deposit dimana
seseorang itu menyimpan wang di bank untuk mendapat faedah dan menjamin keselamatan
wang tersebut.
Dalil
Terdapat
beberapa dalil yang mengharuskan simpanan iaitu seperti dalam Firman Allah
(s.w.t) dalam surah An-Nisa ayat yang ke 58 yang memberi maksud : “Sesungguhnya
Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang
berhak menerimanya)”. Oleh Hukum bagi
simpanan atau Wadi’ah ini adalah harus.
Rukun
dan Syarat
Dalam
konsep simpanan terdapat tiga rukun yang harus dipatuhi iaitu dua pihak yang
berkontrak, barang simpanan dan juga sighah. Setiap rukun mempunyai syarat
masing – masing. Pertamanya, bagi dua pihak yang berkontrak mereka mestilah
berakal dan sudah baligh. Bagi kanak-kanak dan orang gila serta orang yang
bodoh mereka tidak dibenarkan untuk berkontrak kecuali mereka mempunyai penjaga
simpanan maka mereka layak menerima amanah. Sekiranya mereka juga mempunyai
penyimpan maka mereka layak mewakilkan. Rukun yang seterusnya ialah sighah.
Sighah dengan kata lain boleh disebut sebagai lafaz akad (Deraman,
2010) .
Lafaz akad tersebut boleh dilakukan secara langsung (sorih) atau tidak langsung
(kinayah). Sesiapa sahaja boleh memulakan lafaz untuk memulakan kontrak dan
tidak semestinya dalam bentuk ucapan. Dalam sighah terdapat dua lafaz yang
harus dikatakan iaitu lafaz penawaran dan lafaz penerimaan untuk menunjukkan
kontrak diterima. Seterusnya, rukun yang terakhir ialah barang simpanan, barang
simpanan mestilah barang yang dihormati seperti gelang, cincin termasuklah juga
gandum yang sedikit atau baja najis. Walaupun baja najis itu hukumnya haram,
tetapi disebabkan barang tesebut mempunyai manfaat dan digunakan untuk tujuan
yang baik maka ia dibolehkan. Barangan simpanan yang tidak dibenarkan ialah
barang yang tidak dihormati mengikut syarak seperti khinzir, arak, dan lain-lain.
Jaminan
Penjamin perlu memberi jaminan
terhadap barangan yang disimpan sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan
kesan daripada sebab berikut:
1. Jika
penjaga menyerahkan simpanan kepada orang lain
2. Mengabaikan
aspek perniagaan
3. Menggunakan
barang simpanan walau dengan apa jua cara sekalipun
4. Membawa
barangan simpanan ke permusafiran
5. Penjaga
menidakkan kewujudan barangan simpanan tanpa sebab
6. Keenganan
memulangkan barangan simpanan apabila diminta
7. Barangan
simpanan bercampur aduk dengan barangan lain sehinggakan sukar untuk
membahagikannya
8. Melanggar
syarat penyimpanan
Penamatan
Kontrak Simpanan
Sistem
kontrak simpanan akan tamat apabila:
1. Penyimpan
menuntut semula barangan simpanan
2. Penyimpan
atau penjaga simpanan meninggal dunia
3. Sekiranya
salah seorang didapati gila atau koma
4. Panyimpan
muflis
5. Apabila
penyimpan memindahkan hak milik barang kepada individu lain
Perbezaan
antara simpanan Bank Islam dan Bank Konvensional
Perbezaanya
adalah perbankan Islam dalam akaun biasa mengenengahkan kontrak simpanan Wadi’ah,
iaitu simpanan yang mempunyai jaminan. Islam telah menegaskan bahawa pulangan
dalam akaun simpanan adalah riba’ (Nadwi, 2011) . Oleh itu, sebagai
pemegang simpanan, bank akan menggunakan wang tersebut untuk tujuan tertentu
dan memastikan simpanan wang pelanggan tidak ada penambahan atau pengurangan.
Berbanding dengan akaun simpanan bank Islam, pemegang akaun simpanan bank
konvensional dijanjikan pulangan tertentu untuk simpanan yang dibuat. Kesannya,
pemegang akaun simpanan konvensional akan mendapat pulangan riba’ yang haram
disisi agama.
0 comments:
Post a Comment