Tuesday, 14 October 2014

MEKANISME/ MODUS OPERANDI PINJAMAN BANK


BY: NUR AINAA AFEEFA BT ISHAK
*      Kami telah memilih Ar Rahnu untuk menerangkan lebih lanjut tentang mekanisme Pinjaman Bank. Pertama sekali, adakah anda tahu apakah itu Ar-Rahnu?
*      Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Ar-Rahnu merupakan sistem pajak gadai yang berlandaskan syariah dengan implementasi beberapa konsep ekonomi islam.
*      Modus operandi Ar Rahnu ialah memberikan pinjaman mikro dengan cagaran barangan kemas (emas). Sistem ini mengenakan upah yang rendah dengan tempoh yang tertentu. Di sini, kami menerangkan tentang perbezaan Ar Rahnu dengan Konvensional agar para pembaca sekalian dapat melihat perbezaannya.

PERBEZAAN PINJAMAN AR RAHNU DENGAN KONVENSIONAL
1. Sistem Ar Rahnu tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
·         Antara perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
·          Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, manakala Pajak Gadai Konvensional menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan di dalam islam ia adalah haram
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
·         Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot serta tidak berlaku penyelewengan.
·         Tiada permasalahan di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
·         Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
·         Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan.
·         Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah
·         Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah.
·         Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional.
·         Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
·         Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat kerana di dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat.
·         Nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
·         Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
·         Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak.
·          Pajak Gadai Konvensional kadang-kadang meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
·         Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis.
·          Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

References

0 comments:

Post a Comment