Tuesday, 14 October 2014

Comments: (0)

APLIKASI SIMPANAN


BY: HAZSHAFIRA BINTI HAMDAN

Klik untuk zoom


·         Bank perlu menjamin deposit tersebut kerana deposit tersebut telah digunakan.
·         Pelanggan boleh mengeluarkan duitnya pada bila-bila masa.
·         Bank akan memberikan hibah sebagai penghargaan kepada pelanggan
-Hibah ditentukan mengikutkan budi bicara bank berdasarkan keuntungan(mengelakkan riba)

Comments: (0)

APLIKASI PELABURAN DALAM ISLAM


BY: ALIA HELINA BINTI HILMI

            Saham berasal dari perkataan Arab iaitu Al-Sahm yang membawa maksud ekuiti atau milik seseorang di dalam sesebuah syarikat. Sebuah syarikat berhad boleh menerbitkan saham yang berlandaskan Syariah dengan menggunakan konsep musyarakah atau mudharabah.
            Musyarakah atau lebih dikenali sebagai syarikat bermaksud akad perkongsian di antara dua orang ataupun lebih dengan setiap pihak menyumbangkan modal dan keuntungan yang dibahagikan sesame mereka. Mudharabah atau perkongsian untung adalah perjanjian perkongsian dengan modal disalurkan oleh satu pihak manakala pihak lain pula menyalurkan usaha.
            Kita dapat melihat beberapa contoh bank yang mengamalkan konsep mudharabah atau musyarakah.
·         Bank Islam Berhad
Bank Islam mempunyai produk akaun simpanan dan pelaburan Al Awfar. Al Awfar mengamalkan perkongsian Mudharabah di manapemilik modal menyumbangkan modal dan diusahakan oleh pihak bank. Keuntungan dikongsikan mengikut peratusan yang dipersetujui di awal kontrak iaitu bagi akaun simpanan, 98% (bank) dan 2%(pemilik modal) manakala bagi akaun pelaburan, 70%(bank) dan 30% (pemilik modal).
Bank Islam juga mempunya Akaun Pelaburan-i Am di mana pemilik modal boleh mendapatkan keuntungan maksimum berdasrkan nisbah yg ditetapkan oleh pihak Bank. Ia juga mengamalkan konsep Mudharabah.
·         Bank Rakyat Malaysia Berhad
Bank Rakyat mengamalkan akaun pelaburan yang berasaskan syariah seperti Bank Islam. Contohnya, Akaun Pelaburan-i Am juga terdapat dalam Bank Rakyat. Dengan menggunakan konsep Al Mudharabah, Pelanggan menyediakan modal kepada pihak Bank untuk diusahakan bagi tempoh tertentu . Apabila matang , keuntungan yang diperoleh akan dikongsi di Antara pihak Bank dan pelanggan mengikut nisbah yang telah dipersetujui.

Sources:


Comments: (0)

BUNGA


BY: AKASHA IZREEN BI MOHD JALANI

I.          Pendahuluan
            Dalam Islam, apa sahaja penambahan yang berlaku dalam jual beli atau simpan pinjam adalah disebut sebagai riba. Riba sangat dikeji dan dicela oleh Allah dan rasulNya sehingga Allah menjanjikan neraka sebagai balasannya. Bunga bank memberi keuntungan sebelah pihak tanpa memikirkan pihak yang membayarnya. Hal ini akan menyebabkan mereka yang kurang berkemampuan terpaksa menanggung beban dari segi ekonomi disebabkan kadar yang ditetapkan selalunya adalah sangat tinggi daripada kadar yang sepatutnya dibayar oleh seseorang. Persoalan bunga bank selalu dibincangkan di merata tempat. Ternyata, sangat ramai orang yang keliru dengan konsep dan hukum bunga bank, sama ada ia termasuk dalam riba atau keuntungan. Maka dalam blog ini, kami, ahli Eugenomics akan membincangkan masalah tentang konsep faedah bunga bank dan merumuskan secara ringkas dan terperinci supaya pembaca akan lebih faham dan mengelakkan diri daripada mengamalkan konsep faedah secara bunga.
II.        Latar Belakang Bunga Bank
            Dalam sejarah, istilah ‘usury’ dapat menjelaskan tentang larangan bunga dan riba. Bunga pada awalnya didefinasikan sebagai pembebanan dalam penggunaan wang. Di zaman pertengahan dan dewasa ini, usury digunakan bagi menunjukkan pembebanan tahap suku bunga yang tidak masuk akal hingga pada abad ke 15. Kata nama Bahasa Inggeris iaitu ‘interest’ telah digunakan untuk menjelaskan segala penambahan yang berlaku dalam proses peminjaman. Ia adalah kata nama baru dalam kamus Oxford antara abad ke 16 dan 18 sebagai ganti nama usury. Sistem bunga sering dikutuk dan dilarang kerana sebahagian besarnya disebabkan moral, etika, agama dan juga hukum. Sepanjang sejarah, terdapat bukti kritikan keras oleh tradisi, institusi dan masyarakat mengenai keadilan sosial, ketidakstabilan ekonomi, pelarangan bunga secara implisit dan eksplisit dalam agama Hindu, Buddha, Yahudi, Kristien dan agama Islam sendiri.
III.       Mengenai Bunga Bank
            A.        Apakah yang dimaksudkan dengan Bank dan Bunga Bank / Bank Interest?
Definisi: Bank
-          Berasal daripada perkataan Itali iaitu Banko
Dari segi Bahasa bermaksud: Sebuah tempat penyimpanan wang.
Dari segi Istilah bermaksud: Sebuah perusahaan yang menghimpun sejumlah wang kemudian akan disalurkan kepada individu yang memerlukan dengan usaha-usaha yang produktif dengan sistem bunga.


Definisi: Bunga (Interest)
            - Berasal daripada bahasa Inggeris iaitu Interest
Dari segi Istilah bermaksud: Keuntungan yang diperolehi oleh pihak yang meminjamkan kepada pihak yang meminjam sama ada untuk keperluan individu atau sesebuah syarikat.
Definisi Bunga Bank: (Bank Interest)
Menurut Istilah Dr. Fuad M. Fachruddin, bunga bank ialah keuntungan yang diperolehi bank kerana meminjamkan wang untuk melancarkan perniagaan orang yang meminjam. Individu yang meminjam wang di bank pada jangka waktu yang tertentu kerana suatu keperluan harus membayar wang yang dipinjam dengan memberikan wang tambahan kepada bank dengan jumlah yang telah disepakati semasa akad waktu peminjaman. Wang tambahan itulah yang disebut sebagai BUNGA
Contoh Situasi:
Amirah meminjam $20 000 daripada Bank Hong Kong untuk membeli sebuah kereta dan waktu pembayarannya selama 7 tahun dengan bunga yang dipersetujui sebanyak 2%.
            B)        Apakah hukum Bunga Bank dalam Islam?
                        i.          Pendapat yang mengharamkan secara mutlak
Menurut Abu Zahra, Abu A’la Al-Maududi, Abdullah Al Araby dan Yusuf Qardhawi, Sayyid Sabiq dan Jaad Al Haaq, bunga bank itu haram secara mutlak sama ada yang mengambilnya (bagi penyimpan wang di bank) ataupun bagi yang mengeluarkannya (peminjam wang di bank).
            Hal ini disebabkan oleh sifat bunga bank yang bersifat menindas (zalim) dan bersangkut paut dengan pemerasan. Dalam pinjaman konsumtif, seharusnya yang lemah (yang tidak mampu) dibantu oleh yang kuat (yang lebih mampu) dari awal sehinggalah ke akhir proses pinjaman. Ciri-ciri bunga yang hanya membantu mereka yang tidak berkemampuan pada awalnya, namun kemudian mengharuskan mereka membayar bukan sahaja amaun yang telah mereka pinjam, bahkan kadar bunga yang lebih tinggi daripada amaun yang dipinjam bukanlah sesuatu perbuatan yang ‘menolong’ tetapi memeras. Konsep ini boleh dikaitkan dengan apa yang dikatakan orang sebagai ‘mengambil kesempatan dalam kesempitan’.
            Bunga boleh menjadikan manusia memilih untuk menjadi penganggur kerana kesenangan yang diperolehi dengan konsep bunga membolehkan mereka untuk tidak lagi bekerja untuk menampung keperluannya sehari-hari. Cara hidup ini sangatlah merbahaya bagi peribadi masyarakat kerana memakan dari sumber bunga adalah haram.
           
                        ii.         Pendapat yang mengharamkan jika bersifat konsumtif tetapi                                          dibolehkan jika bersifat produktif
            Menurut Mustafa Zarqa pula, bunga bank itu adalah riba. Riba yang diharamkan itu adalah riba yang bersifat konsumtif seperti yang berlaku pada zaman Jahiliyah sebagai bentuk pemerasan kepada kaum yang lemah yang konsumtif ini berbeza yang bersifat produktif maka ia tidak dihukumkan haram. Hatta, beliau juga telah bersepakat bahawa riba itu adalah haram. Bunga yang bersifat konsumtif di sini adalah yang memeras si peminjam yang memerlukan pinjaman wang untuk memenuhi keperluannya manakala bunga yang bersifat produktif adalah dana yang dipinjamkan kepada peminjam digunakan untuk modal usaha yang menghasilkan keuntungan.
                        iii.        Pendapat yang menghalalkan secara mutlak
Menurut A. Hassan, bunga bank seperti yang berlaku di Indonesia bukan termasuk riba yang diharamkan kerana ia tidak berlipat ganda. Firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapatkan keuntungan”
(Surah Al-Imran:130)
Jadi, yang termasuk riba menurut Hasan ialah bunga yang berlipat ganda. Jika bunga yang dikenakan hanya 2 peratus daripada modal pinjaman, maka itu tidak berlipat ganda dan tidak termasuk riba yang diharamkan dalam Islam.
                        iv.        Pendapat yang menghukumkan sebagai syubhah (belum pasti                                          keharamannya dan kehalalannya)
            Majlis Tarjih Muhammadiyah dalam Muktamar di Siduarjo 1968 telah menghukumkan bahawa bunga bank yang diberikan oleh bank kepada para nasabahnya atau sebaliknya termasuk dalam perkara syubhah (belum pasti keharamannya dan kehalalannya). Muhamadiyyah berpendapat bahawa ini kerana riba yang diharamkan itu ialah riba yang membawa kepada pemerasan, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah Ta’ala:
Tafsirnya: “Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah ta’ala dan Rasulnya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu: kamu tidak menganiaya dan tidak(pula) dianiaya”
(Surah Al-Baqarah : 130)




            C)        Bagaimana Bank Islam mendapatkan keuntungan tanpa sistem bunga bank?



            4) Apakah kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebagai ganti sistem Bunga Bank                 untuk meraih keuntungan?
                        i. Musyarakah
                        ii. Wadia’h
                        iii. Mudharabah
                        iv. Murabahah
                        v. Qard Hassan


Comments: (0)

TAKAFUL DAN INSURANS


BY: NURUL FATIN FAKHIRA BT ABDUL RAZAK

Pernahkah anda mendengar perkataan takaful  mahupun insurans? Apa itu takaful? Dan apa pula insurans?
Takaful dalam bahasa Arab “kafala” yang bermaksud “ jamin”. Takaful bermaksud saling menjamin. Dalam kata lain, ia merupakan satu perjanjian antara pihak yang bersetuju untuk saling menjamin apabila berlaku kerugian atau musibah. Takaful merupakan pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan, maka termeterai lah satu kontrak bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu sekiranya peserta yang lain mengalami kerugian.
Insurans pula bermaksud pemindahan risiko daripada seorang individu atau sebuah organisasi kepada syarikat insurans. Seseorang individu atau sebuah organisasi tersebut akan dikenali sebagai pemegang polisi. Pemegang polisi akan membayar kepada syarikat insurans dalam bentuk premium dan sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kerosakan mahupun kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada pemegang polisi.
Sekarang anda sudah mengetahui serba sedikit mengenai takaful dan insurans. Namun begitu, adakah konsep takaful dan insurans berbeza? Takaful dan insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Tetapi, terdapat perbezaan yang besar di antara keduanya. Antara perbezaan tersebut dinyatakan dalam rajah 1 di bawah.
PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

TAKAFUL
INSURANS
Hukum
·         Halal dan umat Islam harus menyertainya

·         Diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan
·         Mengandungi unsur riba dan gharar.
Kontrak asas yang digunapakai
·         Kontrak derma (Tabarru’)
·         Kontrak wakalah (agensi)
·         Kontrak Mudharabah
·         Kontrak pertukaran (Muamalat) iaitu dalam bentuk jual beli
Tanggungjawab pemegang polisi
·         Menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta
·         Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans
Saluran pelaburan
·         Pelaburan kumpulan wang Takaful boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Syariah
·         Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Syariah
Perundangan
·         Tertakluk kepada Akta Takaful 1984
·         Tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996)






Comments: (0)

APLIKASI PELABURAN (BANK KONVENSIONAL)


BY: MUHAMAD ITHAAR SYAFIIQ BIN MOHD ZIN

Skim pelaburan dalam Islam dan konvensional adalah berbeza sama sekali. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa aspek seperti yang melibatkan riba, tempat, aktiviti dan pulangan. Antara contoh skim pelaburan yang ditawarkan oleh Perbankan Konvensional ialah Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Dalam akaun jenis ini, seseorang akan meletakkan wangnya di dalam “conventional fixed deposit account”. Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali atau Bank akan mengumpulkan wang dari orang yang meletakkan wang dalam akaun tadi bersama denganwang depositor atau pelabur lain. Skim pelaburan konvensional adalah berasaskan riba disebabkan oleh kecenderungannya mengaut keuntungan yang tinggi semata-mata tanpa mengambil kira faktor halal dan haram operasi pelaburannya. Ini sama sekali ditegah dalam skim pelaburan syariah kerana bertentangan dengan syariat Islam. Skim-skim pelaburan syariah terjaga dan bebas daripada riba kerana ianya berada di bawah pemantauan Badan Penasihat Syahriah (BPS) disamping Islam itu sendiri juga sama sekali mengharamkan riba melalui Firman Allah s.w.t,

³Orang-orang yang makan (mengambil) riba[174]tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila[175]. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata(berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telahmenghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampaikepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu [176] (sebelum datang larangan); danurusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), makaorang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. Allahmemusnahkan riba dan menyuburkan sedekah [177]. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa [178
(QS. Al Baqarah (2): 275-276)

Daripada segi tempat pelaburan, pelaburan konvensional membuat pelaburannya dimana sahaja dan dengan apa juga cara sekalipun tanpa mengambil kira samada tempat di mana dia membuat pelaburan itu halal ataupun haram umpamanya perjudian dan penjualan arak asalkan keuntungannya dapat dimaksimumkan. Hal ini amat bertentangan dengan konsep pelaburan syariah, di mana pelaburannya hanya dibuat di tempat-tempat yang beroperasi secara halal dan diiktiraf oleh BPS. Deposit sahib ul-mal yang terkumpul hanya akan dilaburkan untuk membiayai syarikat-syarikat yang telah di tapis secara Shariah oleh pengurusan bank dan majlis Penasihat Shariah Bank. Semua Shariah-Approved companies´ ini telah di pastikan dengan teliti ketepatannya dari sudut Shariah, justeru semua keuntungan yang bakal di perolehi adalah harta yang bersih.

Gharar menurut bahasa ialah risiko yang tidak diketahui pada masa hadapan. Dari segiistilahnya pula gharar boleh dikatakan sebagai sebarang bentuk pemalsuan yang tidak ketara pada asalnya termasuklah judi. Salah satu dari aktiviti gharar yang diharamkan ialah aktiviti spekulasi yang merbahaya. Spekulasi seperti ini tidak sama dengan perniagaan risiko tinggi. Spekulasi seperti ini sebenarnya adalah amalan judi kerana spekulator mendapat untung diatas kerugian orang lain. Manakala risiko tinggi pula ialah tidak membabitkan kerugian kepada orang lain tetapi mendapat keuntungan secara bersih dari usaha yang dilakukan. Dankalaupun berlaku kerugian dengan sebab ijtihad yang salah, maka tidak ada pihak lain lagi akan mendapat keuntungan di atas kerugian kita dan begitulah sebaliknya.

Di dalan pelaburan konvensional, contahnya dalam Akaun Pelaburan DenganPulangan Tetap pulangan terhadap modal pelabur adalah dalam bentuk feadah tetap atau  fixed interest  yang ditentukan sendiri oleh pihak bank. Sebagai contoh 3 % untuk diberikankepada penyimpan atau pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selamamatang antara 1 ± 11 bulan. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagimenentukan kadar interest yang ingin diberinya. Menurut Shariah, kadar 3 % dari fixed deposit account´ tadi adalah Riba Ad-Duyun dari jenis Al-Qard. Ini adalah kerana, disiplin pelaburan iaitu Mudarabah atau Musyarakah menurut Islam, pulangan keuntungan tidak bolehdi tentukan sama sekali peratusannya. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yangdibenarkan. Seperti 70 : 30 (Bank : pelanggan). Pelaburan hendaklah memberi pulangandalam bentuk kebendaan dan kerohanian, bukan saja memberi kepuasan dan kebaikan didunia bahkan di akhirat juga.


Ringkasnya pelaburan yang di lakukan oleh Perbankan konvensional wujud penindasan atau ketidakadilan. Ini contohnya dapat dilihat daripada segi pulangan terhadap modal yang di sumbangkan oleh pendeposit di mana penetapan pulangan (fixed interest) menyebabkan pihak bank akan terpaksa menanggung pulangan yang dijanjikannya kepada pendeposit walaupun pelaburannya mengalami kerugian dan sebaliknya. Bertitik tolak dari inilah dasar keadilan dan kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandungmenerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan, penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredai Allah s.w.t

Comments: (0)

APLIKASI PEMBIAYAAN RUMAH

APLIKASI PEMBIAYAAN RUMAH
BY: ALIA SAFFA BINTI AHMAD
Memiliki rumah sendiri menjadi idaman setiap individu. Bagaimanapun, terdapat halangan nyata perlu dihadapi kebanyakan pembeli iaitu proses pinjaman perumahan. Kelayakan seseorang untuk mendapatkan pinjaman bukanlah suatu persoalan, sebaliknya prosedur bagi memastikan kejayaan pinjaman tersebut.

Dalam memastikan permohonan pinjaman perumahan berjaya, pembeli perlu penuhi beberapa elemen bersandarkan syarat pihak institusi yang menyediakan pinjaman. Walaupun syarat ini mungkin berbeza antara satu sama  lain, namun hampir semua institusi tersebut menggariskan prosedur asas yang sama dalam sesuatu permohonan pinjaman.

Umumnya, institusi ini boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis iaitu:

i. Institusi kewangan swasta
ii. Institusi kewangan kerajaan
iii. Institusi perbankan

Ketiga-tiga institusi ini berfungsi memberikan pinjaman perumahan kepada pembeli tapi terdapat beberapa perbezaan dari segi syarat dalam menentukan kelayakan

Pinjaman Perumahan

1) Pembiayaan rumah siap - Membeli rumah tersebut dari pemilik asal dan menyewakan dengan kadar boleh ubah. Kadar boleh berubah jenis ini HARUS digunakan dalam aqad ‘Ijarah' atau sewaan. Cara ini adalah diterima oleh semua cendiakawan Shariah dalam dan luar negara. Jika majikan bukan sebuah bank dan sukar untuk meneruskan konsep ini selepas kakitangan berhenti, majikan bolehlah mensyaratkan kakitangannya untuk berjanji akan membeli rumah tadi dengan satu harga yang akan ditetapkan sejurus mereka berhenti. Ini bermakna si kakitangan tadi perlulah mencari mana-mana Bank Islam untuk proses ‘Re-Financing'

2) Pembiayaan rumah dalam pembinaan - Oleh kerana rumah masih belum siap, maka pihak majikan terpaksa melakukan proses membeli rumah dari kakitangannya menggunakan kontrak Parallel Istisna' iaitu pihak majikan membeli dan mengarah pembuatan rumah kepada kakitangannya. Hasilnya pihak majikan perlu membayar kakitanganya harga tempahan pembuatan itu, kemudian, pihak kakitangan pula akan memasuki satu lagi kontrak pembuatan dengan pemaju dan perlu membayar pemaju pula. Selepas aqad ini selesai, pihak majikan terus menyewakan rumah yang bakal siap itu menggunakan konsep ‘Ijarah Mawsufah Fi Az-zimmah' atau ‘advance rental payment'. Apabila rumah siap, maka majikan akan terus menyewakan rumah itu kepada kakitangannya dengan cara yang tersebut sebelum ini. Jika rumah ini terbengkalai, semua jumlah sewaan yang telah dibayar perlu dipulangkan semula.

Rujukan

Zaharuddin.net, (2014). Pembiayaan Rumah & Kereta Cara Islam diperlukan Oleh Kakitangan. Available at: http://zaharuddin.net/kewangan/197-pembiayaan-rumah-a-kereta-cara-islam-diperlukan-oleh-kakitangan.html [Accessed 12 Oct. 2014]

Comments: (0)

APLIKASI PEMBIAYAAN KERETA SECARA SEWA BELI


BY: NADZATUL AKMA BINTI MOHAMAD HAMDAN

Selalunya, masyarakat Malaysia akan membeli kereta secara sewa beli.  Pembiayaan kereta secara sewa beli bermaksud penyewaan barangan dengan pilihan untuk membelinya pada akhir tempoh pinjaman.

Apabila anda menjalankan konsep sewa beli dalam pembiayaan kereta anda, and akan memainkan peranan sebagai penyewa manakala institusi kewangan yang memberi anda pinjaman untuk membeli kereta tersebut memainkan peranan sebagai tuan punya kenderaan. Sebagai contoh, Bank Islam. Apabila anda merupakan penyewa, anda perlulah membuat bayaran ansuran pada setiap bulan seperti yang telah dipersetujui antara anda dan tuan punya kenderaan. Setelah semua bayaran ansuran dilangsaikan, hak milik kereta tersebut telah menjadi milik anda.

PERMASALAHAN.
Kadar faedah untuk pinjaman kereta biasanya dikira berasaskan kadar sama rata. Mengikut Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010), kadar maksimum yang boleh dikenakan pada setiap tahun hanyalah 10% setiap tahun. Kiraan faedah adalah berdasarkan faedah atas jumlah pokok untuk sepanjang tempoh pinjaman sewa beli. Contohnya,

Harga kereta yang anda beli ialah RM100,000, bayaran pendahuluan atau muka kereta anda ialah  RM20,000, jadi, jumlah pinjaman sewa beli anda ialah RM80,000. Manakala, kadar faedah untuk kereta anda pula ialah 10 % setahun dan anda telah mengikat pinjaman sewa beli ana selama 6 tahun.

Dalam situasi ini, cara pengiraan faedah yang dikenakan ialah seperti berikut:
Jumlah faedah yang dikenakan
=jumlah pinjaman x kadar x tahun
=RM80,000 X 10% X 6
=RM48,000

Jumlah pinjaman + faedah
=RM80,000+ RM48,000
=RM128,000

Jumlah ansuran bulanan
=RM128,000/72
=RM1777.78


Justeru, RM1777.78 ialah jumlah wang yang perlu dibayar pada setiap bulan. 

Comments: (0)

MEKANISME/ MODUS OPERANDI PINJAMAN BANK


BY: NUR AINAA AFEEFA BT ISHAK
*      Kami telah memilih Ar Rahnu untuk menerangkan lebih lanjut tentang mekanisme Pinjaman Bank. Pertama sekali, adakah anda tahu apakah itu Ar-Rahnu?
*      Untuk pengetahuan pembaca sekalian, Ar-Rahnu merupakan sistem pajak gadai yang berlandaskan syariah dengan implementasi beberapa konsep ekonomi islam.
*      Modus operandi Ar Rahnu ialah memberikan pinjaman mikro dengan cagaran barangan kemas (emas). Sistem ini mengenakan upah yang rendah dengan tempoh yang tertentu. Di sini, kami menerangkan tentang perbezaan Ar Rahnu dengan Konvensional agar para pembaca sekalian dapat melihat perbezaannya.

PERBEZAAN PINJAMAN AR RAHNU DENGAN KONVENSIONAL
1. Sistem Ar Rahnu tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
·         Antara perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri.
·          Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, manakala Pajak Gadai Konvensional menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan di dalam islam ia adalah haram
2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
·         Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot serta tidak berlaku penyelewengan.
·         Tiada permasalahan di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
·         Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual.
·         Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan.
·         Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
5. Caj Perkhidmatan Yang Rendah
·         Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah.
·         Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional.
·         Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
·         Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat kerana di dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat.
·         Nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
·         Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam.
·         Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak.
·          Pajak Gadai Konvensional kadang-kadang meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
·         Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis.
·          Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.

References

Comments: (0)

PELABURAN DALAM ISLAM


BY: SITI HAJAR BINTI KAMARUDIN

Antara salah satu sebab manusia dilahirkan di dunia ini ialah bertaqwa kepada Allah dan dalam ingin menunaikan tanggungjawab itu, adalah satu kewajipan kita sebagai manusia untuk menuntut ilmu yang diperlukan. Contoh yang boleh diketengahkan ialah aktiviti jual beli dalam kehidupan seharian  kita.  Kita haruslah berusaha menuntut ilmu perniagaan yang termaktub dalam Al-Quran agar kita dapat membezakan antara unsur jual beli  yang diperbolehkan  atau yang dilarang. Kalau tidak, nescaya kita akan terjerumus dalam perkara yang haram tanpa kita sedari. Seperti yang dihuraikan Umar r.a.,
“Tidaklah berjual-beli, selain orang yang berpengetahuan ilmu fiqah. Kalau tidak, dia akan memakan riba. Dengan kemahuannya atau tidak dengan kemahuannnya.”
Konklusinya, wajiblah kita melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum kita memulakan sesuatu usaha. Elakkan diri daripada terlibat dalam perkara perkara yang dilarang oleh agama Islam kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat.
Definisi.                                                                                      
Tanpa melengahkan masa, topik yang akan dibincangkan hari ini ialah pelaburan. Untuk pengetahuan semua, pelaburan juga adalah sebahagian daripada perniagaan yang dibenarkan dalam Islam. Pelaburan (Al-Qiradh) ialah tindakan meletakkan dana bagi satu tempoh yang ditetapkan dengan mengharapkan pulangan pada masa akan datang iaitu memperoleh hasil daripadanya dan ia adalah salah satu kaedah mengembangkan harta. Namun, perlulah kita ingat, hasil pelaburan itu tidak semestinya positif kerana risiko pelaburan adalah tinggi. Oleh itu, kita perlulah mendalami ilmu pelaburan sebelum melabur dalam sesuatu perkara. Antara dua kontrak syariah yang popular dan berkaitan dengan pelaburan ialah Musyarakah dan Mudharabah.
Ciri-ciri pelaburan dalam Islam
a)      Aktiviti pelaburan yang dilakukan mestilah halal dan dibenarkan oleh syariah

b)      Modal pelaburan haruslah disediakan oleh salah seorang atau kedua-dua orang dalam sesebuah perkongsian berdasarkan bentuk kontrak yang telah disediakan.

c)      Modal haruslah dalam bentuk wang dan sekiranya aset diterima sebagai modal perniagaan, maka ia adalah satu kemestian untuk kita beri nilaian kepada aset itu berdasarkan nilai semasa dan tertakluk kepada penurun nilai.

d)     Keuntungan perlulah dalam bentuk peratus atau bahagian. Sebagai contoh, pembahagian keuntungan 50:50 atau 60% untuk pelabur dan 40% untuk peniaga atau mana- mana nisbah yang dipersetujui oleh kedua dua pihak. Adalah menjadi satu kesalahan jika pemilik modal menetapkan keuntungan dalam jumlah tertentu. Contohnya, “Keuntungan untuk kamu adalah RM 150 dan selebihnya adalah untuk aku. “

e)      Jika berlaku kerugian, maka ia mestilah ditanggung oleh kedua-dua pihak yang berkongsi kerana Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain.

f)       Setiap pihak mempunyai hak dan tanggjungjawab yang perlu diperjelaskan dalam perjanjian untuk mengelak berlakunya perselisihan faham.

g)      Setiap pihak boleh membatalkan kontrak perkongsian, tetapi boleh disyaratkan cara pembatalan itu dan sekiranya ini telah dimasukkan dalam perjanjian, ia telah mengikat kedua-dua pihak.

Sebagai akhir kata, jika kita hendak melabur dalam sesuatu perkara, kita perlu mematuhi rukun-rukun pelaburan yang dibenarkan dalam agama Islam. Kita juga haruslah mengelakkan diri daripada melabur dalam aktiviti pelaburan yang haram kerana hasil pelaburan itu juga akan menjadi haram.